Monday, April 5, 2010

Syarikat

Profil Syarikat Super Best Power: "SUPERBEST POWER (M) SDN BHD ( 812546-T ) ialah sebuah syarikat yang telah beroperasi sebagai pengilang dan pengeluar produk berasaskan herba. Antara produk-produk yang telah diperkenalkan adalah seperti KOPI PRACAMPURAN, ICE COOL LEMON TEA PLUS ORTHOSIPHON STAMINEUS @ misai kucing, SBP HI-FIBER COLLAGEN, SLIM LIFE & HERO.SUPERBEST POWER (M) SDN BHD telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 APRIL 2008, merupakan sebuah perniagaan berasaskan minuman kesihatan yg dimiliki sepenuhnya usahawan bumiputera. Perniagaan ini beroperasi di F-G 11 PLAZA SURIA, JLN PJU 10/4C, DAMANSARA DAMAI, 47800 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Encik Kamal bin Mohd Nor merupakan tunjang utama syarikat sebagai PENGARAH URUSAN. Manakala Nur Azila bt Mohd Nasir sebagai PENGARAH KEWANGAN.
Bagi memastikan perjalanan pasaran berjalan lancar, pendekatan pemasaran yang lebih efeksyen dan telus dipraktikkan agar mencapai sasaran. Faktor pemangkin pasaran berasaskan konsep 4P+1S di mana ianya terdiri daripada Product, Price, Place, Promotion + System. Faktor utama yang mendorong SBP member tumpuan pada perniagaan berasaskan herba adalah kerana wujudnya trend masyarakat dunia yang mula mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi.SUPERBEST POWER lahir sebagai jenama yang memberi saingan dalam segmen makanan dan minuman (F&B) bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Produk pertama syarikat adalah kopi pracampuran adunan ekstrak herba tongkat ali, ganoderma dan ubi jaga kini sudah berada dipasaran dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kopi pracampuran Superbest Power diformulakan oleh Teknologi Park Malaysia agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ianya juga dikenalikan sebagai Pusat Herba Negara berpusat di Taman Teknologi Malaysia Bukit Jalil."

1 comment:

  1. Dgr khabar cina sudah ambil syarika ini..dan kopi pun sudah x berkualiti d berkhasiat lagi...benarkah..

    ReplyDelete